Karier sebagai pemain Alan Pardew

Awal karier

Pardew memulakan kariernya sebagai pemain sambilan bersama Whyteleafe dan Epsom & Ewell sambil bekerja sebagai tukang kaca.[2] Pada satu peringkat, dia meninggalkan bola sepak selama enam bulan semasa bekerja di timur tengah,[2] tetapi dia kembali bermain bola sepak bersama Corinthian Casuals sebelum kemudiannya menyertai Dulwich Hamlet dan Yeovil Town. Pardew juga berada dalam skuad semi-profesional England pada masa ini.[3]

Crystal Palace

Pardew berpindah ke kelab Divisyen Dua, Crystal Palace pada tahun 1987 dengan yuran £7,500.[3] Pada tahun 1989, dia membantu Palace untuk memenangi promosi ke Divisyen Pertama selepas mengalahkan Blackburn Rovers dalam perlawanan play-off. Pada tahun berikutnya, dia menjaringkan gol kemenangan ketika Palace mencatat kemenangan 4-3 ke atas Liverpool selepas masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Villa Park. Dia kemudiannya bermain dalam kedua-dua perlawanan akhir dan ulangan ketika Palace tewas kepada Manchester United.[3]

Palace terus beraksi cemerlang dalam Divisyen Pertama dan pada musim 1990-91, mereka menduduki tempat ketiga dengan Pardew turut beraksi ketika Palace mengalahkan Everton untuk memenangi Piala Sistem Data Zenith di Wembley.

Karier selepas itu

Pardew berpindah ke Charlton Athletic pada bulan November 1991 dan merupakan penjaring terbanyak Charlton dalam musim 1992–93 dengan sepuluh gol.[3] Pada tahun 1995, Pardew muncul empat sekali secara pinjaman bersama Tottenham Hotspur dalam Piala Intertoto UEFA 1995. Dia beraksi dalam pasukan ketika mereka mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah kelab apabila mereka tewas 8–0 kepada kelab Jerman, 1. FC Köln. Spurs meletakkan pemain pasukan simpanan dan pemain pinjaman termasuk Pardew, untuk perlawanan peringkat kumpulan terakhir mereka di Cologne.[3][4][5]

Selepas menolak peluang untuk bermain di Hong Kong,[3] Pardew kemudiannya berpindah ke Barnet dan menjadi pemain-jurulatih dibawah pengurus, Terry Bullivant. Apabila Bullivant berpindah ke Reading pada tahun 1997, dia membawa Pardew bersamanya sebagai pengurus pasukan simpanan.[2]

Karier antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, Pardew merupakan ahli skuad semi-profesional England semasa tempohnya bermain untuk kelab bukan-liga, Dulwich Hamlet dan Yeovil Town.

Rujukan

WikiPedia: Alan Pardew http://www.bbc.com/sport/0/football/30257076 http://www.bbc.com/sport/0/football/30626587 http://www.bbc.com/sport/0/football/30860391 http://www.bbc.com/sport/0/football/30963529 http://www.espnfc.com/manager/4/alan-pardew http://www.espnstar.com/football/premier-league/ne... http://www.highbeam.com/doc/1P2-30404753.html http://www.leaguemanagers.com/manager/profile-348.... http://www.leaguemanagers.com/manager/profile.html... http://www.leaguemanagers.com/news/news-3919.html